Tuesday, 6 October 2009

Papa Bear & Mama Duck

Kenapa ek.. papa bear, mama lak duck.

Tapi itu lah salah satu kenangan aku dengan arwah isteri, kekasih, teman, kawan, sahabat dan apa jua.... orang yang aku sangat rapat selain dari keluarga aku. malah lebih rapat.

Isteri aku dah dijemput Ilahi pada tahun lepas, 13 Okt 2009 bersamaan 13 Syawal 1429 jam 6pm di HUKM, Cheras.

Arwah mengelar aku papa bear sebab saiz aku.. mungkin kut atau ada yang lebih dari itu. Apa pun aku gembira dengan panggilan itu. Malah dia tidak segan silu info kat member-member dia. Bila dia introduce aku pada kawan-kawan dia, dia kata... ini lah PAPA BEAR.

Mama duck lak di fahamkan semasa arwah dengan kawan-kawannya semasa DPA di INTAN. Group dia panggil dia itik.. so ada lah yang tambah duck tale. Kira ok lah kalau berbanding yang lain...kambing, monyet, kuda...... teruk juga diaorang ini ye... ade ke nama baik-baik panggil monyet....

Mengikut ceritera... itik ni sebab arwah bila berjalan macam itik jalan petang..... memang pun. Aku akui bab ni...

Arwah ini kira seorang yang pintar... memang semua adik beradik dia orang yang pintar. Syukur kepada Allah kerana mengkurniakan aku seorang isteri yang pintar selain dari comel, manja, bertanggungjawap.... pendek kata sempurna lah sebagai isteri aku. Arwah anak yang ke dua dari 5 orang, yang sulung tgah buat master.., yang ketiga baru abis belajar di UPM nak kerja sebagai pendidik pas ni. Yg ke4 ini tak tau lak.. yg no 5.. masih belajar di Asasi Sains di UiTM Shah Alam.

Bukan terlalu memuji tapi realiti. Malah kawan-kawannya yang saya temui menyatakan yang demikian. So betul la apa yang aku katakan..

Nak jadi cerita, arwah ni semasa hayatnya menjadi igauan...idaman... ramai jejaka. Tapi betul lah.. best man win. aku kira the best lah kan.. Bangganya aku bersama arwah. syukur aku pada Ilahi tak terkira. Tapi semuanya pinjama cuma, arwah dijemput ke tempat asal. Hanya tinggal kita yang menunggu masa tiba.

No comments:

Post a Comment