Wednesday, 13 October 2010

2 Tahun Pemergian Arwah

Hari ini 13 Okt 2010, genap 2 tahun arwah isteriku meninggalkan aku. Tarikh ini sememangnya satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Pada tarikh ini pada tahun 2008. arwah isteriku telah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM kerana kanser pangkal rahim.
Sesuatu yang menarik apabila doktor yang mula-mula menyata dan mengesahkan arwah mengidap kanser pangkal rahim ini, menyatakan arwah telah berada di perangkat 4B (Stage 4B). Beliau seorang pakar O & G di KPJ Johor Bahru. Ketika beliau menyatakannya, masa tu belum disahkan dengan ujian makmal, nyawa aku seakan melayang, menitis air mata aku. Seakan dunia ini sudah sampai penghujungnya pada aku. Aku benar-benar tidak percaya... sukar untuk aku percaya.... mengapa arwah yang begitu muda untuk dihidapi penyakit ini.

Wednesday, 6 October 2010

Bulan Oktober

sehari sebelum raya yang lepas, aku berkesempatan mengziarahi pusara arwah. Aku bersihkan pusaranya dan aku bacakan surah Yassin serta berdoa buat arwah isteri aku yang aku sayangi. Aku taburkan bunga dipusaranya sebelum aku berangkat balik.

Diam tak diam, dah 2 tahun arwah pergi mengadap ilahi. 13 Oktober ni. 2 tahun yang lepas di HUKM, arwah meninggalkan kita semua.

Masih terbayang saat akhir arwah yang berusaha melawan sakitnya. Aku masih terasa gengaman tangan kanannya ketika aku menggengam tangannya. Walaupun ketika itu arwah tidak boleh berbicara, namun aku pasti dia tahu aku menggengam tangannya. Erat seakan memberitahu bahawa dia tahu aku ada d sisinya.

Aku merinduinya. Senyumannya, ketawanya, suara manjanya, segalanya.....
Al Fatihah tak pernah aku lupa setiap hari untuk aku sedekahkan pahalanya kepada arwah.
Aku akan terus berdoa semoga arwah dimapunkan sehala dosa, ditempatkan bersama roh2 orang2 yang di kasihi Allah.