Hari ini 13 Okt 2010, genap 2 tahun arwah isteriku meninggalkan aku. Tarikh ini sememangnya satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Pada tarikh ini pada tahun 2008. arwah isteriku telah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM kerana kanser pangkal rahim.
Sesuatu yang menarik apabila doktor yang mula-mula menyata dan mengesahkan arwah mengidap kanser pangkal rahim ini, menyatakan arwah telah berada di perangkat 4B (Stage 4B). Beliau seorang pakar O & G di KPJ Johor Bahru. Ketika beliau menyatakannya, masa tu belum disahkan dengan ujian makmal, nyawa aku seakan melayang, menitis air mata aku. Seakan dunia ini sudah sampai penghujungnya pada aku. Aku benar-benar tidak percaya... sukar untuk aku percaya.... mengapa arwah yang begitu muda untuk dihidapi penyakit ini.
Wednesday, 13 October 2010
Wednesday, 6 October 2010
Bulan Oktober
sehari sebelum raya yang lepas, aku berkesempatan mengziarahi pusara arwah. Aku bersihkan pusaranya dan aku bacakan surah Yassin serta berdoa buat arwah isteri aku yang aku sayangi. Aku taburkan bunga dipusaranya sebelum aku berangkat balik.
Diam tak diam, dah 2 tahun arwah pergi mengadap ilahi. 13 Oktober ni. 2 tahun yang lepas di HUKM, arwah meninggalkan kita semua.
Masih terbayang saat akhir arwah yang berusaha melawan sakitnya. Aku masih terasa gengaman tangan kanannya ketika aku menggengam tangannya. Walaupun ketika itu arwah tidak boleh berbicara, namun aku pasti dia tahu aku menggengam tangannya. Erat seakan memberitahu bahawa dia tahu aku ada d sisinya.
Aku merinduinya. Senyumannya, ketawanya, suara manjanya, segalanya.....
Al Fatihah tak pernah aku lupa setiap hari untuk aku sedekahkan pahalanya kepada arwah.
Aku akan terus berdoa semoga arwah dimapunkan sehala dosa, ditempatkan bersama roh2 orang2 yang di kasihi Allah.

Thursday, 26 August 2010
Puasa 2010
Puasa kali ini, aku rasa amat berbeza dengan puasa terdahulu. Bukan apa, soal kerja. Keja dengan swasta ni berlainan dengan tentera atau kakitangan awam. Masa aku ditumpangkan ke BKN, JPM, walau beban kerja seharian namun aku enjoy. Berbeza dengan kerja swasta ni.. aku punya tanggungjawap besar dan berat.. yelah setimpal dengan gaji dan kemudahan yang aku terima.
Teringat puasa bersama arwah isteri aku... aku sering diajak ke bazar ramadan di Batu Pahat. Memang best sebab ada suasana kampung walau ditengah bandar.
Arwah suka beli ikan keli bakar untuk arwah Bak. Katanya arwah Bak suka. Tapi aku bab ikan keli ni ada masalah banyak. Aku suka ikan keli ni.. tapi bila ada cerita pasal ikan keli ini di beri makan dengan usus babi, aku mula cuak-cuak. Aku hanya makan jika ikan keli tu aku beli dari penternak orang islam.
Namun sejak aku kerja swasta ni dah jadi lain lak. Ikan keli ni diberi makan usus ayam lak. Geli aku dibuatnya... Bila aku tanya kepada penternak katanya palet makana ikan keli ni mahal sangat so diaorg dapatkan usus ayam yang disembelih serta kepala dan lain untuk menampung pemakanan ikan2 ni. Aduh mak oi...
Satu lagi masa aku round kawasan site di Rasa, Selangor. Sepanjang Sg Selangor ada kolam-kolam ternakan ikan keli yang diusahakan oleh Org cina. Memang luas kawasanya. Aku lihat beberapa lori membawa usus... katanya usus ayam...tapi kenapa besar2.... aku mula musykil... apa tah lagi berdekatan kawasan ini ..kira2 3km, ada pusat penyembelihan babi.. Top Meat Sdn Bhd.
Bila ditanya soalan ini... diorng menjawap.. ikan ini untuk diekspot ke singapura dan taiwan. Pulak dah. Lori-lori yang lalu membawa ikan keli ini menggunakan tong2 biru yang sama yang pernah aku lihat di pasar borong selayang dan juga di chow kit...
So sejak itu aku tak jamah ikan keli lagi......

Thursday, 25 February 2010
Mimpi Arwah
Malam tadi, 24 Feb 2010, aku bermimpi, arwah bak (bapa arwah Isteri aku), bawa sebuah kereta dengan diiringi seorang kanak-kanak kecil yang saya tidak tau siapa. Arwah bak menjemput aku lalu bergerak ke satu tempat yang tidak aku tau juga. Tapi bila berhenti, aku ternampak arwah isteri aku yang senyum dan datang pada aku. Manisnya senyuman nya. dengan wajah yang penuh seri. Gembiranya aku.
Pagi tadi bila nak bangun, terasa seperti nyata. mencari-cari mana isteri aku ni. Aku beristifar berkali-kali. Kalau lah mimpi itu tadi jadi kenyataan, pasti aku lah orang yang paling bahagia dan gembira.
Apa pun aku bersyukur dapat bertemu dengan arwah isteri aku yang amat aku rindui, sayangi dan kasihi. Begitu juga dengan arwah bak, yang aku amat hormati dan sanjungi.

Fadzil dan Roza Anum
Semalan, 24 feb 2010. Lebih kurang jam 1800, aku baru keluar dari SUK Selangor di bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. masa menuju ke pakir kereta, aku terserempak dengan c fadzil yang juga merupakan ADO di Sabak Bernam.
Fadzil adalah kawan atau rakan sama batch dengan arwah isteri aku, monaliza hamzah.
menurut arwah, semasa DPA di INTAN dulu, fadzil tidak rapat dengan nya kerana fadzil ini pendiam dan hanya bergaul dengan rakan sesidang dengannya aje. Namun, semasa arwah terlantar di HUKM, banyak kali juga c fadzil ini datang mengziarahi arwah. Malah, fadzil jugalah menganjurkan kutipan dari rakan sebatch dengan nya iaitu 2/2004 kalau tak silap.
Semalam bila terserempak dengan fadzil, kami banyak bicara tentang kerja aku dan dia. macam biasalah, aku yang lebihnya. fadzil tak banyak bercakap. Memang benarlah kata arwah dulu.
Pada pandangan aku, fadzil ini seorang yang beriman dan penyabar. cara dia bertutur penuh dengan makna dan berhati-hati. Hanya yang nyata akan diperkatakan oleh nya.
Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada fadzil yang masih mengenali aku dan sudi berbual dengan aku walau hanya seketika.
Malam tu aku tak dapat tidur kerana tiba-tiba ingatan aku pada arwah terlalu kuat. Aku drive isuzu trooper aku keluar dan pusing-pusing putrajaya.
Aku cuba kol beberapa kawan arwah tapi tak dapat.. mungkin dah tukar nombor. Hanya seorang yang dapat aku hubungi, c roza. Roza ni pun aku kenal masa di INTEKMA di mana aku mengenali arwah. Sama-sama bawah satu bumbung BKN, now MKN. Tak lama aku bercakap dengan nya. Roza terkejut sebab di hp dia, appear nama arwah isteri aku. Aku hanya tanya khabar padanya.
Aku doakan semoga fadzil dan roza sentiasa bahagia dan berjaya di dalam kehidupan masing-masing. Di makbulkan segala doa-doa mereka kepada Allah Subahanahu Wataala.
Terima Kasih Fadzil dan Roza kerana masih sudi berbual dengan aku.

Monday, 18 January 2010
Rindu pada arwah
Rindunya aku pada arwah. Teringat padanya selalu. Hari ni aku ke Opis di Shah Alam. Lalu di Uitm.. tempat arwah. Tempat aku bertemu dengan arwah di INTEKMA. 16 Ogos 2006. Diam tak diam dah lebih 3 tahun aku berkenalan dengan arwah. Bulan Ogos ni 4 tahun lah. Rindu pada Arwah...............
Subscribe to:
Posts (Atom)