Saturday, 24 October 2009

JHY3311

JHY3311, peodua kelisa warna silver, kepunyaan arwah masih baik dlm jaga aku. Aku basuh dan polish selalu agar ia sentiasa cantik seperti tuannya.

kereta ni, arwah namakan cik lisa. teringat semasa wiper belakang hilang, arwah sedih sangat. sebelum tu, cik lisa baru keluar bengkel sebab accident di jalan bakau condong, batu pahat, johor dekat juga dengan opis arwah semasa arwah memegang jawatan setiausaha keselamatan daerah (SKD) Batu Pahat.

dengan Cik Lisa , banyak kenangan bersama arwah, terlalu banyak. sebab tu aaku pada mulanya nak serahkan cik lisa kepada adik arwah, faezah namun terrasa seperti arwah tidak mengizinkan. entahlah mengapa. aku memang berhajat sedemikian. Adik arwah tu baru abis belajar di UPM. sebelum ini aku difahamkan adik arwah ni bekerja sambilan sebagai editor, now tak tahu lah sebab aku dah lama tak berkunjung ke rumah keluarga arwah.

Jarang sangat cik lisa, aku bawa berjalan. aku ada kereta dan van. Motor elegan n honda ex5, company aku pun bagi vitara kat aku untuk kegunaan aku. aku lak bukan jenis yg suka merayap2 kesana sini. apa taknya, kalau jam 6am dah keluar rumah nak g kerja, sampai umah dah jam 9pm, dengan penat, letih dan ngantuk... nak kemana. keje dari isnin sampai sabtu... yang ada ari ahad... masa tu lah juga nak tengok anak2 dan bawa jalan2.

jadinya, kehidupan aku sekarang ni dah tak teratur sangat. kerja...kerja aje yang banyak seminggu..sebulan... setahun...... Hari raya pun ada masalah kerja......

Cik lisa ni, kalau aku balik ke bt pahat untuk mengziarahi pusara arwah, dia lah teman aku... malah kemana-mana tempat yang pernah aku dan arwah pergi, cik lisa lah yang akan mememankan aku. Malah aku tidur dalamnya... park kat mana-mana, lelapkan mata didalamnya.

Sunday, 18 October 2009

Beza Hari Raya dengan Deepavali

Entahlah, 16 okt 2009 aku mengunjungi Open House member aku di Tasik Kesuma, Semenyih. Tepat jam 12 tghmlm berdentum-dentum bunyi mercum dengan terang bunga api. Meriahnya mereka sambut Deepavali.

Aku sempat bersembang dengan jiran member aku yang sambut deepavali ni, dorg memang dah bberpakat dan berbincang untuk menyambut deepavali dengan cara ini. Biasa sambut ziarah mengziarahi dan makan-makan aje, so this year nak sesuatu yang lebih meriah lagi. Yelah kalau nak kira maksud deepavali pun bermakna cahaya.

Tahun ini sambut raya rasa muram aje, yelah arwah dah tak ada sebab tu rasa muram. Tapi masa dulu, kalau malam raya meriah dengan persiapan saat akhir, di TV banyak takbir raya, kaum lelaki akan bertakbir rumah ke rumah, kaum pompuan biasala memasak, anak-anak yang besar akan cantikkan rumah, kanak-kanak akan berlari-lari dengan bunga api. kalau dah besar sedikit, ada yang lebih berani, main meriam karbiat. Berdentum-dentum dan terang benderang dangan lampu pelita buatan sendiri.

Tapi tahun ni, di tv, takbir raya sekali setiap 1 jam, (dah hilang satu kemeriahan), kaum perempuan sibuk dengan tv untuk rancangan sampai kan dan nyanyian artis-artis tempatan. lelaki asyik bersembang dengan tv didepan, kanak-kanak lak asyik nak tunjuk terer dengan sepupu main PS2.

Tak ada lagi takbir rumah ke rumah. Kurang takbir tapi diganti dengan nyanyian artis. Nak main mercun, jangan haraplah. Apa lagi meriam karbiat. Kalau main, nanti datang lah kereta peronda.

dah hilang kemeriahan sebenar raya. sayu bila takbir dah tak ada lagi.

Dah setahun arwah

Pada 13 Okt 2009 yang lalu, genap setahun arwah meninggalkan saya dan dunia ini. Alhamdulillah aku dapat mengziarahi pusara arwah pada hari tersebut. Sebelum ini petang raya aku ke sana iaitu di Batu Pahat.

Kenangan bersama dengan arwah sangat kuat sehingga kini dah setahun arwah tiada, masih hangat gengaman tangan arwah di saat akhir arwah. Ketawa arwah yang manja dan riang memang akan menyejukkan hati aku yang gusar atau tengah tension. Kalau aku buat joke, pasti dia ketawa walau tengah sakit....

Monday, 12 October 2009

Pertukaran panji-panji 6 renjer

Hari sabtu yang lepas, 10 okt 2009, aku menghadiri perbarisan pertukaran panji-panji rejimen , 6 renjer. Aku dijemput akan tetapi aku tidak menerima kad jemputan tersebut. Sebaliknya aku hadir juga sebab aku ini lihat panji-panji lama buat kali terakhir dia dihamparkan memberi hormat kepada Kolonel Yang DiPertua Rejimen Renjer DiRaja.

Panji-panji lama yang dikurniakan pada 2 okt 1992, di kem wardieburn. Pertama kalinya panji-panji tersebut memberi hamparan hormat kepada Kolonel Yang Dipertua. Aku lah yang menerima dan aku lah yang menghamparkannya.

Sedih juga sebab aku dilupakan. Aku lah penerima dulu, sepatutnya aku dijemput, bukannya aku hendak dijemput dan dilayan sebagai VIP sebaliknya sekadar jemputan biasa. Aku masih ingat semasa pengurniaan dulu, aku adalah salah seorang yang menghantar jemputan kepada bekas-bekas pegawai 6 rrd.

Malah aku mengikut kapt suhaimi sulung untuk menjemput bekas pegawai memerintah dan menemuramah bekas-bekas pegawai memerintah ini untuk diabadikan didalam buku/majalah kenangan 6 rrd.

Namun kini semua tradisi tersebut tidak ada lagi, hanya hantar surat/kad jemputan melalui pos. Posman menjadi pengantara. Apa nak buat dah keadaan begini.

walaubagaimana pun aku mengucapkan tahniah kepada seluruh warga 6 rrd diatas pertukaran panji-panji ini.

semasa selesai perbarisan, ramai juga yang datang berjumpa dengan aku, ada yang kata...pegawai kanan renjer pun setuju, ......'sepatutnya kau duduk di jemputan khas bukan tercorot kat sini' Apa nak buat, tak ada jemputan.

Friday, 9 October 2009

Ahmad Udaibiah bin Abdullah

Alhamdulillah, sebentar tadi aku dapat berjemaah solat jumat di Masjid UniSel kampus Induk, Bestari Jaya. sebaik sehaja solat, imam mengumumkan saudara baru yang merupakan pelajar disini.

Saudara Baru ini bernama AHMAD UDAIBIAH BIN ABDULLAH, orang Malaysia mungkin berbangsa India. warna kulit dan cara pertuturan.

Beliau diberi kesempatan untuk berucap kepada jemaah. Beliau melahirkan kesyukuran kerana beroleh hidayah dari Allah. Sebelum ini beliau merasakan terdapat kekurangan dan resah yang tidak dapat beliau gambarkan. Malah beliau mersakan akan mati bila-bila. Namun setelah mengucap kalimah Syahadah, beliau merasakan sungguh tenang dan selamat.

Beliau memohon kepada semua mukmin muknimat untuk berdoa kepada Allah agar menetapkan imannya dalam agama islam yang suci ini. Beliau juga meminta agar doa dipanjangkan agar keluarganya, terutama ibunya dapat menerima kenyataan bahawa beliau telah menyertai agama yang satu ini.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi Taufik dan Hidayah kepada Ahmad Udaibiah bin Abdullah. Juga kepada keluarganya agar dapat menerima kenyataan ini.

Mimpi Arwah

Malam tadi, aku bermimpi jumpa dengan arwah isteri ku. Tapi, arwah keletihan, aku papah dan baringkan atas tilam. Tenang aje aku lihat wajahnya. Aku tak berapa nak ingat mimpi itu. Walaubagaimana pun, aku bersyukur dapat berjumpa lagi dengan arwah.

Mungkin ada yang kurang... Insya Allah, aku akan selesaikan sekiranya ada kelemahan dan kesalahan arwah yang tidak dapat diselesaikan. Semoga arwah tenang di samping Allah, tuhan pencipta.

Thursday, 8 October 2009

Tension

Tension... betul-betul aku tension. Manakan tidak, kertas kerja dah buat.. siap dengan kajian tapi tak diluluskan peruntukan. macamana nak proceed kerja macam ni. Pengguna laluan dah mula bising akibat jalan rosak dan berdebu. Bukannya banyak pun yang aku minta tak sampai pun 5k untuk repair jalan yang rosak akibat limpahan air.

5k adalah untuk penyewaan excuvator, lori, back pusher dan back hoe. selain dari membeli culvert untuk membuat laluan air agar tidak lagi melimpah lalu merosakakn jalan.

Arahan dari atasan, kontraktor yang berkenaan kena buat, peruntukan dari mereka. tapi bagi aku, company aku buat, kos dia kontra dari tuntutan kontraktor lah. kan senang. lagi pun dlam perjanjian dah ada sebut. apa nak dirisaukan. hulurkan aje, tau lah aku nak repair jalan dan lubang-lubang yang ada tu.

Tuesday, 6 October 2009

Papa Bear & Mama Duck

Kenapa ek.. papa bear, mama lak duck.

Tapi itu lah salah satu kenangan aku dengan arwah isteri, kekasih, teman, kawan, sahabat dan apa jua.... orang yang aku sangat rapat selain dari keluarga aku. malah lebih rapat.

Isteri aku dah dijemput Ilahi pada tahun lepas, 13 Okt 2009 bersamaan 13 Syawal 1429 jam 6pm di HUKM, Cheras.

Arwah mengelar aku papa bear sebab saiz aku.. mungkin kut atau ada yang lebih dari itu. Apa pun aku gembira dengan panggilan itu. Malah dia tidak segan silu info kat member-member dia. Bila dia introduce aku pada kawan-kawan dia, dia kata... ini lah PAPA BEAR.

Mama duck lak di fahamkan semasa arwah dengan kawan-kawannya semasa DPA di INTAN. Group dia panggil dia itik.. so ada lah yang tambah duck tale. Kira ok lah kalau berbanding yang lain...kambing, monyet, kuda...... teruk juga diaorang ini ye... ade ke nama baik-baik panggil monyet....

Mengikut ceritera... itik ni sebab arwah bila berjalan macam itik jalan petang..... memang pun. Aku akui bab ni...

Arwah ini kira seorang yang pintar... memang semua adik beradik dia orang yang pintar. Syukur kepada Allah kerana mengkurniakan aku seorang isteri yang pintar selain dari comel, manja, bertanggungjawap.... pendek kata sempurna lah sebagai isteri aku. Arwah anak yang ke dua dari 5 orang, yang sulung tgah buat master.., yang ketiga baru abis belajar di UPM nak kerja sebagai pendidik pas ni. Yg ke4 ini tak tau lak.. yg no 5.. masih belajar di Asasi Sains di UiTM Shah Alam.

Bukan terlalu memuji tapi realiti. Malah kawan-kawannya yang saya temui menyatakan yang demikian. So betul la apa yang aku katakan..

Nak jadi cerita, arwah ni semasa hayatnya menjadi igauan...idaman... ramai jejaka. Tapi betul lah.. best man win. aku kira the best lah kan.. Bangganya aku bersama arwah. syukur aku pada Ilahi tak terkira. Tapi semuanya pinjama cuma, arwah dijemput ke tempat asal. Hanya tinggal kita yang menunggu masa tiba.