Saturday, 24 October 2009

JHY3311

JHY3311, peodua kelisa warna silver, kepunyaan arwah masih baik dlm jaga aku. Aku basuh dan polish selalu agar ia sentiasa cantik seperti tuannya.

kereta ni, arwah namakan cik lisa. teringat semasa wiper belakang hilang, arwah sedih sangat. sebelum tu, cik lisa baru keluar bengkel sebab accident di jalan bakau condong, batu pahat, johor dekat juga dengan opis arwah semasa arwah memegang jawatan setiausaha keselamatan daerah (SKD) Batu Pahat.

dengan Cik Lisa , banyak kenangan bersama arwah, terlalu banyak. sebab tu aaku pada mulanya nak serahkan cik lisa kepada adik arwah, faezah namun terrasa seperti arwah tidak mengizinkan. entahlah mengapa. aku memang berhajat sedemikian. Adik arwah tu baru abis belajar di UPM. sebelum ini aku difahamkan adik arwah ni bekerja sambilan sebagai editor, now tak tahu lah sebab aku dah lama tak berkunjung ke rumah keluarga arwah.

Jarang sangat cik lisa, aku bawa berjalan. aku ada kereta dan van. Motor elegan n honda ex5, company aku pun bagi vitara kat aku untuk kegunaan aku. aku lak bukan jenis yg suka merayap2 kesana sini. apa taknya, kalau jam 6am dah keluar rumah nak g kerja, sampai umah dah jam 9pm, dengan penat, letih dan ngantuk... nak kemana. keje dari isnin sampai sabtu... yang ada ari ahad... masa tu lah juga nak tengok anak2 dan bawa jalan2.

jadinya, kehidupan aku sekarang ni dah tak teratur sangat. kerja...kerja aje yang banyak seminggu..sebulan... setahun...... Hari raya pun ada masalah kerja......

Cik lisa ni, kalau aku balik ke bt pahat untuk mengziarahi pusara arwah, dia lah teman aku... malah kemana-mana tempat yang pernah aku dan arwah pergi, cik lisa lah yang akan mememankan aku. Malah aku tidur dalamnya... park kat mana-mana, lelapkan mata didalamnya.

No comments:

Post a Comment