Thursday, 25 February 2010

Mimpi Arwah

Malam tadi, 24 Feb 2010, aku bermimpi, arwah bak (bapa arwah Isteri aku), bawa sebuah kereta dengan diiringi seorang kanak-kanak kecil yang saya tidak tau siapa. Arwah bak menjemput aku lalu bergerak ke satu tempat yang tidak aku tau juga. Tapi bila berhenti, aku ternampak arwah isteri aku yang senyum dan datang pada aku. Manisnya senyuman nya. dengan wajah yang penuh seri. Gembiranya aku.

Pagi tadi bila nak bangun, terasa seperti nyata. mencari-cari mana isteri aku ni. Aku beristifar berkali-kali. Kalau lah mimpi itu tadi jadi kenyataan, pasti aku lah orang yang paling bahagia dan gembira.

Apa pun aku bersyukur dapat bertemu dengan arwah isteri aku yang amat aku rindui, sayangi dan kasihi. Begitu juga dengan arwah bak, yang aku amat hormati dan sanjungi.

Fadzil dan Roza Anum

Semalan, 24 feb 2010. Lebih kurang jam 1800, aku baru keluar dari SUK Selangor di bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. masa menuju ke pakir kereta, aku terserempak dengan c fadzil yang juga merupakan ADO di Sabak Bernam.

Fadzil adalah kawan atau rakan sama batch dengan arwah isteri aku, monaliza hamzah.

menurut arwah, semasa DPA di INTAN dulu, fadzil tidak rapat dengan nya kerana fadzil ini pendiam dan hanya bergaul dengan rakan sesidang dengannya aje. Namun, semasa arwah terlantar di HUKM, banyak kali juga c fadzil ini datang mengziarahi arwah. Malah, fadzil jugalah menganjurkan kutipan dari rakan sebatch dengan nya iaitu 2/2004 kalau tak silap.

Semalam bila terserempak dengan fadzil, kami banyak bicara tentang kerja aku dan dia. macam biasalah, aku yang lebihnya. fadzil tak banyak bercakap. Memang benarlah kata arwah dulu.

Pada pandangan aku, fadzil ini seorang yang beriman dan penyabar. cara dia bertutur penuh dengan makna dan berhati-hati. Hanya yang nyata akan diperkatakan oleh nya.

Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih kepada fadzil yang masih mengenali aku dan sudi berbual dengan aku walau hanya seketika.

Malam tu aku tak dapat tidur kerana tiba-tiba ingatan aku pada arwah terlalu kuat. Aku drive isuzu trooper aku keluar dan pusing-pusing putrajaya.

Aku cuba kol beberapa kawan arwah tapi tak dapat.. mungkin dah tukar nombor. Hanya seorang yang dapat aku hubungi, c roza. Roza ni pun aku kenal masa di INTEKMA di mana aku mengenali arwah. Sama-sama bawah satu bumbung BKN, now MKN. Tak lama aku bercakap dengan nya. Roza terkejut sebab di hp dia, appear nama arwah isteri aku. Aku hanya tanya khabar padanya.

Aku doakan semoga fadzil dan roza sentiasa bahagia dan berjaya di dalam kehidupan masing-masing. Di makbulkan segala doa-doa mereka kepada Allah Subahanahu Wataala.

Terima Kasih Fadzil dan Roza kerana masih sudi berbual dengan aku.