Friday, 9 October 2009

Ahmad Udaibiah bin Abdullah

Alhamdulillah, sebentar tadi aku dapat berjemaah solat jumat di Masjid UniSel kampus Induk, Bestari Jaya. sebaik sehaja solat, imam mengumumkan saudara baru yang merupakan pelajar disini.

Saudara Baru ini bernama AHMAD UDAIBIAH BIN ABDULLAH, orang Malaysia mungkin berbangsa India. warna kulit dan cara pertuturan.

Beliau diberi kesempatan untuk berucap kepada jemaah. Beliau melahirkan kesyukuran kerana beroleh hidayah dari Allah. Sebelum ini beliau merasakan terdapat kekurangan dan resah yang tidak dapat beliau gambarkan. Malah beliau mersakan akan mati bila-bila. Namun setelah mengucap kalimah Syahadah, beliau merasakan sungguh tenang dan selamat.

Beliau memohon kepada semua mukmin muknimat untuk berdoa kepada Allah agar menetapkan imannya dalam agama islam yang suci ini. Beliau juga meminta agar doa dipanjangkan agar keluarganya, terutama ibunya dapat menerima kenyataan bahawa beliau telah menyertai agama yang satu ini.

Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi Taufik dan Hidayah kepada Ahmad Udaibiah bin Abdullah. Juga kepada keluarganya agar dapat menerima kenyataan ini.

No comments:

Post a Comment