Wednesday, 13 October 2010

2 Tahun Pemergian Arwah

Hari ini 13 Okt 2010, genap 2 tahun arwah isteriku meninggalkan aku. Tarikh ini sememangnya satu tarikh yang tidak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Pada tarikh ini pada tahun 2008. arwah isteriku telah menghembuskan nafas terakhirnya di HUKM kerana kanser pangkal rahim.
Sesuatu yang menarik apabila doktor yang mula-mula menyata dan mengesahkan arwah mengidap kanser pangkal rahim ini, menyatakan arwah telah berada di perangkat 4B (Stage 4B). Beliau seorang pakar O & G di KPJ Johor Bahru. Ketika beliau menyatakannya, masa tu belum disahkan dengan ujian makmal, nyawa aku seakan melayang, menitis air mata aku. Seakan dunia ini sudah sampai penghujungnya pada aku. Aku benar-benar tidak percaya... sukar untuk aku percaya.... mengapa arwah yang begitu muda untuk dihidapi penyakit ini.

No comments:

Post a Comment