Hari Ahad yang lepas, 13 Disember 2009, aku mengunjungi seroang kawan yang melangsungkan perkahwinan anak nya di Mentakab Pahang. Aku drive kesana dan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di lanchang. sesungguhnya sepanjang perjalanan di LPT ini aku teringatkan yang aku pernah menggunakanya bersama arwah.
Ketika itu aku bertugas di Setapak, manakala arwah yang belum menjadi isteriku masih di batu pahat. Arwah kena menghadiri kursus di sebuah resort ternama di Cherating, Kuantan Pahang. Arwah menyatakan pada aku yang dia tidak pernah kesana apatah lagi nak drive ke sana. So aku telah menemankan arwah ke Cherating dan bergerak petang selepas waktu kerja aku.
Sampai di Cherating, arwah terus mendaftar diri pada seketariat kursus. Manakala aku menunggu arwah di dalam Cik Lisa. selepas menghantar beg beliau di bilik yang disediakan kepadanya, arwah terus berjumpa aku dan menghantar aku ke kuantan. pada mulanya aku kata tak perlu kerana masih ada teksi ke kuantan, namun arwah tetap berdegil untuk menghantar aku ke kuantan.
Sampai ke kuantan terus ke stesyen bas berdekatan stadium darulmakmur, aku membeli tiket bas untuk balik ke kl. pas tu kami makan malam bersama.
Itu lah arwah, dia tidak mahu lihat aku susah. Sanggup dia nak hantar aku ke kuantan dimalam hari sedangkan dia tidak mahir jalan di kuantan.
Dalam bas, aku kerap menalifon arwah untuk memastikan yang arwah selamat sampai di Cherating.
Balik dari Cherating, arwah drive sendiri ke kl dan jumpa aku di kl setelah tamat kursus.
No comments:
Post a Comment